home Icon
  • Pejabat maya
  • Perkhidmatan menjawab panggilan
home Icon

Perkhidmatan menjawab panggilan

Perkhidmatan menjawab telefon kami akan mengendalikan panggilan yang masuk ke nombor tempatan anda. Kami boleh memajukan pemanggil ke nombor yang lain, menjawab menggunakan nama syarikat anda atau mengambil mesej serta menyampaikan mesej tersebut.

Beli sekarang

Dipercayai oleh syarikat-syarikat terbesar dunia

Pejabat Maya

Selain perkhidmatan menjawab telefon, kami mempunyai pelbagai pakej pejabat maya lain untuk dipertimbangkan

Alamat Perniagaan

Pejabat MayaKehadiran maya di mana-mana sahaja
Berikan perniagaan anda alamat profesional dan pilih daripada beribu-ribu lokasi di seluruh dunia.

Perkhidmatan menjawab panggilan

Pejabat MayaPengurusan panggilan profesional
Kami akan menguruskan panggilan anda daripada nombor telefon tempatan serta boleh menjawab, memajukan atau mengambil mesej

Pejabat Maya

Pejabat MayaPakej kami yang paling popular
Alamat perniagaan yang berprestij, penyambut tetamu maya dan akses ke rangkaian ruang istirahat perniagaan global kami.

Pejabat Maya Plus

Pejabat MayaPakej kami yang paling menyeluruh
Segala-gala yang terdapat dalam pakej Pejabat Maya kami, di samping akses ke bilik mesyuarat dan 5 hari ruang pejabat setiap bulan.

Perkhidmatan menjawab yang mengendalikan segala-galanya

Dengan perkhidmatan menjawab telefon profesional kami, anda tidak akan sekali-kali membiarkan panggilan penting tidak berjawab. Kami akan menyediakan perkhidmatan menjawab yang sopan, cekap dan melegakan anda daripada kerisauan tentang terlepas panggilan. Pengendalian panggilan kami akan membuatkan ia unik kepada syarikat anda – dan milik anda seorang.

  • TeamsPengendali panggilan kami menjawab panggilan menggunakan nama perniagaan anda
  • flexiblePanggilan boleh dipindahkan kepada nombor tempatan atau nombor antarabangsa
  • ContactPanggilan boleh dijawab dalam bahasa tempatan anda
  • Mail PostMesej boleh dimajukan secara langsung ke peti masuk anda
  • ContractKontrak yang sesuai untuk anda tanpa komitmen jangka panjang
  • TelephoneNaik taraf apabila anda perlukan lebih daripada hanya menjawab telefon

Kelebihan menjawab telefon

Perkhidmatan menjawab telefon kami bermakna yang anda tidak akan terlepas sebarang panggilan. Namun ia juga bermakna anda tidak perlu menunggu pelanggan untuk menelefon anda – oleh itu anda boleh fokus menjalankan perniagaan. Inilah perkara yang anda dapat:

  • ContactMenjawab panggilan daripada nombor tempatan dan antarabangsa
  • flexibleMesej rekod unik memberikan rasa istimewa
  • ContactPilihan untuk memajukan panggilan anda kepada nombor lain
  • VoicemailTranskrip mel suara dihantar terus ke peti masuk anda
  • PlaceholderJangan sekali-kali terlepas panggilan antarabangsa daripada zon masa lain
  • mailboxAkses peti mel anda di mana-mana sahaja ketika melakukan perjalanan

Mencari alamat untuk mendaftarkan perniagaan anda?

Siapa pun anda, di mana jua anda berada, alamat maya boleh memberikan manfaat yang sebenar. Jika anda hanya perlukan alamat perniagaan untuk beroperasi, kami mempunyai lebih 4000 untuk dipilih.

Alamat perniagaan >

Pertimbangkan pakej pejabat maya yang lengkap

Jika anda memerlukan perkhidmatan menjawab telefon dan alamat perniagaan, maka pertimbangkan pakej pejabat maya penuh – tersedia di mana-mana 4,000+ lokasi di seluruh dunia dan termasuk akses ruang istirahat perniagaan Regus agar anda boleh tetap bekerja semasa bergerak.

Jawapan untuk soalan pejabat maya anda

Pasukan kami bersedia untuk menjawab soalan anda.
Pejabat maya bukanlah ruang kerja sepenuh masa untuk perniagaan anda. Dengan pakej pejabat maya kami, anda mendaftarkan perniagaan anda di salah satu ruang kerja kami dan syarikat anda mendapat manfaat daripada memiliki alamat yang berprestij di lokasi terkemuka. Semua alamat perniagaan kami adalah alamat tempat kerja yang sebenar.
Sekiranya anda memerlukan ruang fizikal untuk bekerja, anda boleh memilih pakej pejabat maya untuk mengakses rangkaian global ruang istirahat perniagaan kami dan bekerja di sana pada bila-bila masa yang anda mahukan. Dengan pakej Pejabat Maya Plus kami, anda boleh bekerja dari pejabat atau meja kerja bersama selama lima hari setiap bulan.
Sebagai alternatif, keahlian pejabat atau kerja bersama kami memberi anda akses ke pejabat peribadi atau meja kerja bersama sekerap yang anda perlukan.
Dengan perkhidmatan pemajuan kami, anda boleh memilih waktu untuk menerima mel anda, cth setiap minggu atau setiap bulan, daripada mengumpul mel anda sendiri.
Dalam sesetengah pasaran kami juga menawarkan pengimbasan mel digital bersama-sama pilihan pengendalian mel yang lain.
Yuran mungkin dikenakan. Butiran untuk pelbagai pilihan pengendalian mel disediakan semasa mendaftar keluar apabila anda membeli dalam talian atau melalui pasukan jualan.
Dengan perkhidmatan menjawab telefon kami, penyambut tetamu profesional kami akan menjawab panggilan anda atas nama syarikat anda. Mereka akan memindahkan panggilan kepada anda, atau mengambil mesej bagi pihak anda. Sekiranya seseorang singgah untuk berjumpa anda tanpa dijangka, mereka akan memberitahu pelawat bahawa anda berada di tempat lain pada hari itu.
Sekiranya anda memilih untuk melanggan keahlian pejabat atau kerja bersama, termasuk pakej pejabat maya anda, anda akan dapat bekerja dari mana-mana ruang kerja sama ada lima atau sepuluh hari sebulan – atau anda boleh memilih akses tanpa had. Anda hanya perlu menempah meja kerja bersama atau pejabat peribadi anda, di tempat dan masa anda memerlukannya melalui aplikasi kami.

Cari pejabat maya yang sesuai untuk anda hari ini

Pilih lebih daripada 4,000 lokasi di seluruh rangkaian tempatan dan nasional kami bagi mencari pejabat peribadi yang sesuai untuk anda dan pasukan.

* Semua harga yang ditunjukkan adalah sah semasa pertanyaan diajukan, berdasarkan kontrak 24 bulan. Harga tertakluk terhadap perubahan dan akan berbeza-beza bergantung pada produk dan perkhidmatan yang dipilih secara khusus. Harga Ruang Pejabat dan Kerja Bersama adalah untuk setiap orang setiap bulan dan bergantung pada ketersediaan inventori. Tertakluk kepada terma dan syarat.