Terma dan Syarat penggunaan

Terma dan Syarat penggunaan

Dengan menggunakan atau melayari laman web ini ("Laman") atau mana-mana laman web lain ("Laman Web Kumpulan") kumpulan IWG PLC ("Kumpulan"), anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat yang berikut dan semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang terpakai. Jika anda tidak bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini, anda tidak boleh menggunakan Laman ini. Kami berhak untuk mengubah Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis kepada anda, maka kami mencadangkan agar anda melayari laman ini secara berkala untuk menyemak Terma dan Syarat ini. Dengan menggunakan Laman ini selepas kami menyiarkan sebarang perubahan, anda bersetuju untuk menerima perubahan tersebut, sama ada anda telah menyemaknya atau pun tidak.
Sila semak Dasar privasi dan Dasar kuki kami, yang dikenakan ke atas kunjungan anda ke Laman ini.
Semua bahan-bahan termasuk imej, butiran, data, ilustrasi, reka bentuk, ikon, gambar foto, klip video, teks, perisian, grafik, skrip, logo dan bahan-bahan lain yang merupakan sebahagian daripada Laman ini (secara kolektif, “Kandungan”) adalah dimiliki secara eksklusif (sama ada secara langsung atau tidak langsung) oleh Kumpulan dan/atau penyedia kandungannya. Kandungan tersebut dilindungi oleh hak cipta, tanda dagangan, tanda khidmat, kemasan dagangan dan hak intelek dan pemilikan lain yang dimiliki oleh Kumpulan. Apa-apa hak yang tidak diberikan secara nyata dalam Terma dan Syarat adalah hak terpelihara Kumpulan.
Mana-mana tanda, logo dan reka bentuk Kumpulan yang muncul di mana-mana Laman Web Kumpulan ialah tanda dagangan eksklusif dan tanda perkhidmatan (sama ada secara langsung atau tidak langsung) Kumpulan. Tiada lesen untuk atau hak dalam mana-mana tanda, logo dan reka bentuk serta hak milik lain Kumpulan diberikan atau dikurniakan kepada anda. ​
Semua tanda dagangan dan tanda khidmat lain yang dipaparkan di mana-mana Laman Web Kumpulan yang tidak dimiliki oleh Kumpulan ialah harta pemiliknya masing-masing.
Laman ini dan Kandungannya hanya boleh digunakan untuk kegunaan peribadi anda sahaja, bukan untuk kegunaan komersial. Sebarang penggunaan Laman atau Kandungan atas tujuan lain adalah dilarang sama sekali, termasuk, tanpa terhad kepada, pengubahsuaian, pembuangan, penghapusan, penghantaran, penerbitan, pengedaran, pengagregatan proksi, memuat naik, menyiarkan, pengagihan semula, pelesenan semula, penjualan, menduplikasi, menerbitkan semula atau sebarang penyebaran lain tanpa kebenaran bertulis nyata Kumpulan atau pemilik. Anda tidak boleh menggunakan teknik bingkai untuk merangkum sebarang tanda dagangan atau logo Kumpulan atau menggunakan sebarang tag meta atau teks terlindung yang lain tanpa kebenaran bertulis kami terlebih dahulu. Anda tidak boleh membuat pautan kepada Laman ini tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami terlebih dahulu. Penggunaan labah-labah, robot dan alat pengumpulan dan pengekstrakan data yang sepertinya adalah dilarang sama sekali.
Anda boleh meneliti dan mencetak salinan Kandungan yang dipaparkan di Laman ini dan memuat turun salinan mana-mana Kandungan yang ditentukan untuk dimuat turun, untuk kegunaan peribadi anda sahaja dan anda tidak boleh mengubah Kandungan tersebut dengan apa cara sekali pun, termasuk, tanpa terhad kepada, mengeluarkan atau mengubah suai sebarang hak cipta atau notis hak milik yang lain. Hak-hak, hak milik dan kepentingan dalam Kandungan tidak dipindahkan kepada anda dengan menyalin atau memuat turun bahan tersebut. Maklumat yang disediakan di Laman ini adalah percuma dan adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak mencipta perhubungan perniagaan atau profesional di antara anda dan Kumpulan.
Anda bersetuju menggunakan Laman ini untuk tujuan sah sahaja. Anda dilarang menyiarkan atau menghantar melalui Laman ini bahan-bahan yang menyalahi undang-undang, memudaratkan, mengancam, mengecam, mengganggu, memfitnah, lucah, tidak senonoh, menghina, mengutuk, atau bahan-bahan lain yang boleh menimbulkan liabiliti sivil atau jenayah di bawah undang-undang. Kami mungkin mendedahkan sebarang kandungan atau sebarang jenis komunikasi elektronik (termasuk profil anda, alamat e-mel dan lain-lain maklumat) (1) untuk memenuhi apa-apa keperluan undang-undang , peraturan, atau permintaan kerajaan; (2) jika pendedahan ini perlu dibuat atau wajar dalam mengendalikan operasi Laman ini; atau (3) untuk memelihara hak atau harta Kumpulan, rakan-rakan gabungannya dan anda.
Kumpulan menggunakan usaha yang munasabah untuk menyediakan maklumat yang tepat dan terkini, tetapi kami tidak menjamin bahawa sebarang maklumat yang terkandung di dalam Laman ini adalah tepat, lengkap, boleh dipercayai, terkini, bebas daripada kesilapan atau bahawa Laman ini bebas daripada virus. Kami juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau peninggalan dalam Laman ini. Walaupun kami mungkin mengubah suai Kandungan ini, membuat penambahbaikan kepada Laman atau membetulkan kesilapan atau peninggalan pada bila-bila masa dan tanpa notis kepada anda, kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk berbuat demikian . Kami akan berusaha untuk mengemaskinikan maklumat, tepat pada masanya tetapi kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang ketidaktepatan. Sebarang penggunaan maklumat yang disediakan di Laman ini adalah atas tanggungan risiko anda secara keseluruhannya dan Kumpulan tidak bertanggungjawab atas kehilangan apa-apa data, kehilangan keuntungan atau sebarang kerosakan atau kerugian hasil daripada penggunaan Laman ini oleh anda.
Pautan pada Laman ini mungkin membawa kepada perkhidmatan atau laman yang tidak dikawal atau dikendalikan operasinya oleh Kumpulan. Kami menyediakan pautan ini untuk kemudahan anda dan untuk tujuan menyediakan maklumat. Pautan bukan pengendorsan bagi laman atau perkhidmatan. Tanggungjawab atau liabiliti bagi laman atau perkhidmatan lain adalah bukan tanggungan pihak kami. Sebarang penggunaan laman atau perkhidmatan oleh anda yang dipautkan oleh Laman adalah secara keseluruhannya atas tanggungan risiko anda.
Laman ini dan kandungannya disediakan oleh kumpulan “seadanya” dan “sebagaimana yang disediakan” tanpa sebarang perwakilan atau jaminan dalam apa-apa bentuk sama ada secara nyata atau tersirat. Kumpulan secara jelas menafikan semua jaminan nyata atau tersirat termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jaminan tersirat atau kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, hak milik dan ketidaklanggaran. Dalam apa jua keadaan kumpulan tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana pihak untuk apa-apa kerosakan secara langsung, tidak langsung, punitif, sampingan, pampasan, khas, turutan, atau kerosakan lain dalam sebarang bentuk, kehilangan data, pendapatan atau keuntungan, kerugian atau kerosakan kepada harta, gangguan perniagaan, atau kehilangan program atau data, yang timbul daripada atau berkaitan dengan laman ini, mana-mana laman atau perkhidmatan yang dipautkan melalui laman ini, atau apa-apa salinan, paparan atau penggunaannya, tidak kira atas dasar teori perundangan tuntutan ini dibuat, walaupun kumpulan telah dinasihatkan kemungkinan kerosakan yang sepertinya, termasuk, tanpa had, sebarang kerosakan yang terhasil daripada sebarang kesilapan, peninggalan, virus, kelewatan atau gangguan dalam operasi atau perkhidmatan tidak kira sebabnya. Kumpulan tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian atau kerosakan yang timbul daripada atau dengan cara apa sekali pun berkaitan dengan mana-mana laman web pihak ketiga atau kandungannya yang diakses melalui pautan di laman ini, penggunaan laman ini oleh anda atau penggunaan mana-mana alat perisian yang digunakan oleh anda yang berkaitan dengan laman ini.
Sesetengah undang-undang tidak membenarkan had pada waranti tersirat atau pengecualian atau had bagi kerosakan tertentu. Jika undang-undang ini terpakai kepada anda, sesetengah atau semua daripada penafian, pengecualian atau had di atas mungkin tidak terpakai tetapi liabiliti akan dihadkan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
Anda bersetuju untuk melindungi dan tidak mensabitkan Kumpulan daripada apa-apa tuntutan, tindakan, permintaan, kerugian atau kerosakan pihak ketiga (termasuk yuran dan kos peguam) yang timbul atau berkaitan dengan pelanggaran Terma dan Syarat ini oleh anda, penggunaan Laman ini oleh anda atau pelanggaran sebarang hak pihak ketiga oleh anda.
Kumpulan berhak mendapatkan semua remedi yang tersedia dalam undang-undang dan bagi keadilan kerana pelanggaran Terma dan Syarat ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak untuk menyekat akses dari alamat IP tertentu.
Semua maklum balas, idea dan cadangan-cadangan lain yang dihantar oleh anda melalui Laman ini akan dianggap tidak sulit dan bukan hak milik dan boleh didedahkan atau digunakan oleh Kumpulan untuk apa-apa tujuan, tanpa kewajipan untuk membayar pampasan kepada anda. Semua data peribadi yang diberikan kepada Kumpulan akan dikendalikan selaras dengan Dasar Privasi kami.
Laman dan Kandungan ini dipaparkan semata-mata untuk tujuan mempromosikan perkhidmatan Kumpulan yang tersedia. Laman ini dikawal dan dikendalikan oleh Kumpulan dari pejabatnya di Switzerland. Anda bertanggungjawab mematuhi undang-undang di bawah bidang kuasa di mana anda mengakses Laman ini, dan anda bersetuju anda tidak akan mengakses atau menggunakan maklumat di Laman ini yang melanggar undang-undangnya. Terma dan Syarat ini dan penggunaan Laman ini akan ditadbir oleh undang-undang substantif Switzerland, di bawah pengecualian konflik Switzerland terhadap peraturan undang-undang dan perjanjian antarabangsa, khususnya Konvensyen Vienna tentang Jualan Barangan Antarabangsa bertarikh 11 April 1980. Kegagalan kami untuk menguatkuasakan apa-apa hak di bawah Terma dan Syarat ini tidak membentuk penepian mana-mana terma dan syarat bagi Terma dan Syarat ini.
Tertakluk kepada fasal berikut, apa-apa tuntutan atau kontroversi yang berkaitan dengan Terma dan Syarat ini atau berkaitan dengan Laman ini akan diselesaikan melalui penimbangtaraan. Keputusan penimbang tara akan terikat pada kedua-dua pihak. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang berkenaan, penimbangtaraan ini tidak boleh disatukan dengan penimbangtaraan yang melibatkan pihak lain tertakluk pada Terma dan Syarat ini, sama ada melalui prosiding timbang tara kelas atau sebaliknya.
Amerika Syarikat sahaja: Sebarang tuntutan atau kontroversi yang berkaitan dengan Terma dan Syarat ini atau berkaitan dengan Laman ini (dengan pengecualian relief injunksi yang dipohon oleh Kumpulan) dalam Amerika Syarikat, akan diselesaikan melalui penimbangtaraan menurut peraturan semasa Persatuan Timbang Tara Amerika ketika itu. Lokasi penimbangtaraan yang bakal dijalankan ialah di Dallas, Texas. Keputusan penimbang tara akan terikat pada kedua-dua pihak. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang berkenaan, penimbangtaraan ini tidak boleh disatukan dengan penimbangtaraan yang melibatkan pihak lain tertakluk pada Terma dan Syarat ini, sama ada melalui prosiding timbang tara kelas atau sebaliknya.
Jika ada penentuan bahawa mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, penentuan ini tidak akan memberi kesan kepada Terma dan Syarat ini yang selebihnya. Tanpa mengambil kira mana-mana statut atau undang-undang yang bertentangan, apa-apa tuntutan atau kuasa tindakan yang timbul atau berkaitan dengan penggunaan Laman ini atau di bawah Terma dan Syarat ini mesti difailkan dalam tempoh satu (1) tahun selepas tuntutan atau kuasa tindakan tersebut timbul atau ia akan dihalang untuk selama-lamanya. Tajuk bahagian dalam Terma dan Syarat ini adalah untuk kemudahan sahaja.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai Laman ini, sila e-mel kepada kami di webmaster@regus.com
Laman ini ialah laman web Pathway IP II GmbH (seorang ahli Kumpulan) dan kandungan Laman ini ditentukan oleh Pathway IP II GmbH sahaja. Pathway IP II GmbH didaftarkan di Switzerland dengan nombor syarikat CHE-269.357.217 dan pejabat berdaftarnya terletak di Dammstrasse 19, CH-6300, Zug, Switzerland.

Februari 2020