home Icon
  • Pejabat maya
  • Alamat Perniagaan
home Icon

Alamat Perniagaan

Terdapat kelebihan yang nyata apabila memiliki alamat perniagaan utama di mana-mana 4,000+ lokasi seluruh dunia. Tanpa perlu berada di sana secara fizikal, anda boleh menggunakan alamat pejabat ini pada kepala surat syarikat atau sebagai alamat pejabat berdaftar. Dengan menaik taraf kepada pakej yang lebih menyeluruh, kami boleh mengendalikan panggilan anda, mencatat mesej, malah mengatur bilik mesyuarat bila-bila masa anda memutuskan untuk singgah.

Beli sekarang

Dipercayai oleh syarikat-syarikat terbesar dunia

Alamat Perniagaan

Penyelesaian pejabat maya kami lebih daripada sekadar alamat perniagaan. Lihat pakej yang mana sesuai untuk anda.

Alamat Perniagaan

Pejabat mayaKehadiran maya di mana-mana sahaja
Berikan perniagaan anda alamat profesional dan pilih daripada beribu-ribu lokasi di seluruh dunia.

Perkhidmatan menjawab panggilan

Pejabat mayaPengurusan panggilan profesional
Kami akan menguruskan panggilan anda daripada nombor telefon tempatan serta boleh menjawab, memajukan atau mengambil mesej

Pejabat maya

Pejabat mayaPakej kami yang paling popular
Alamat perniagaan yang berprestij, penyambut tetamu maya dan akses ke rangkaian ruang istirahat perniagaan global kami.

Pejabat Maya Plus

Pejabat mayaPakej kami yang paling menyeluruh
Segala-gala yang terdapat dalam pakej Pejabat Maya kami, di samping akses ke bilik mesyuarat dan 5 hari ruang pejabat setiap bulan.

Bina kehadiran dengan alamat perniagaan

Mempunyai alamat perniagaan profesional untuk syarikat anda berpangkalan hadir dengan beberapa manfaat yang sebenar. Ia membolehkan anda membina kehadiran perniagaan di mana-mana lokasi di seluruh negara, atau dunia – namun tidak memerlukan anda untuk membayar atau menyelenggara ruang pejabat fizikal. Anda bahkan boleh gunakan ia sebagai alamat perniagaan berdaftar apabila anda memulakan syarikat anda.

Alamat perniagaan hanyalah permulaan

Mempunyai alamat pejabat yang berdaftar membolehkan syarikat memiliki pangkalan dalam pasaran di luar negara, serta menaikkan imej dan kredibiliti anda. Terdapat beberapa pakej tersedia, yang semuanya bermula dengan alamat perniagaan namun termasuk lebih banyak lagi:

  • Alamat PerniagaanAlamat yang anda boleh gunakan untuk mendaftar syarikat anda
  • ClockSokongan profesional yang sentiasa tersedia daripada pasukan pakar kami
  • Event spaceAkses ke program acara perangkaian
  • TeamsKakitangan yang menyambut pelanggan dan tetamu anda secara langsung
  • DiscountPelbagai diskaun unik daripada penyedia rakan kongsi kami
  • LoungesAkses ruang istirahat lapangan terbang pada harga diskaun di seluruh dunia

Mungkin anda memerlukan lebih daripada sebuah alamat perniagaan?

Meskipun memiliki alamat perniagaan ialah satu titik permulaan yang bagus bagi membina perniagaan, mempunyai pakej pejabat maya yang lengkap dapat memberikan lebih banyak manfaat untuk anda. Perkhidmatan penyambut tetamu maya membantu anda berinteraksi dengan lebih profesional dengan pangkalan pelanggan tempatan anda, sementara akses ruang istirahat perniagaan membantu anda kekal produktif semasa bergerak.

Pejabat maya >

Atau mungkin hanya inginkan perkhidmatan pengendalian panggilan?

Kenapa terlepas panggilan penting itu? Pengendali panggilan profesional kami akan menjawab telefon di lokasi alamat perniagaan anda menggunakan nama syarikat dan bahkan boleh memindahkan panggilan kepada anda serta menyampaikan sebarang mesej.

Jawapan untuk soalan pejabat maya anda

Pasukan kami bersedia untuk menjawab soalan anda.
Pejabat maya bukanlah ruang kerja sepenuh masa untuk perniagaan anda. Dengan pakej pejabat maya kami, anda mendaftarkan perniagaan anda di salah satu ruang kerja kami dan syarikat anda mendapat manfaat daripada memiliki alamat yang berprestij di lokasi terkemuka. Semua alamat perniagaan kami adalah alamat tempat kerja yang sebenar.
Sekiranya anda memerlukan ruang fizikal untuk bekerja, anda boleh memilih pakej pejabat maya untuk mengakses rangkaian global ruang istirahat perniagaan kami dan bekerja di sana pada bila-bila masa yang anda mahukan. Dengan pakej Pejabat Maya Plus kami, anda boleh bekerja dari pejabat atau meja kerja bersama selama lima hari setiap bulan.
Sebagai alternatif, keahlian pejabat atau kerja bersama kami memberi anda akses ke pejabat peribadi atau meja kerja bersama sekerap yang anda perlukan.
Dengan perkhidmatan pemajuan kami, anda boleh memilih waktu untuk menerima mel anda, cth setiap minggu atau setiap bulan, daripada mengumpul mel anda sendiri.
Dalam sesetengah pasaran kami juga menawarkan pengimbasan mel digital bersama-sama pilihan pengendalian mel yang lain.
Yuran mungkin dikenakan. Butiran untuk pelbagai pilihan pengendalian mel disediakan semasa mendaftar keluar apabila anda membeli dalam talian atau melalui pasukan jualan.
Dengan perkhidmatan menjawab telefon kami, penyambut tetamu profesional kami akan menjawab panggilan anda atas nama syarikat anda. Mereka akan memindahkan panggilan kepada anda, atau mengambil mesej bagi pihak anda. Sekiranya seseorang singgah untuk berjumpa anda tanpa dijangka, mereka akan memberitahu pelawat bahawa anda berada di tempat lain pada hari itu.
Sekiranya anda memilih untuk melanggan keahlian pejabat atau kerja bersama, termasuk pakej pejabat maya anda, anda akan dapat bekerja dari mana-mana ruang kerja sama ada lima atau sepuluh hari sebulan – atau anda boleh memilih akses tanpa had. Anda hanya perlu menempah meja kerja bersama atau pejabat peribadi anda, di tempat dan masa anda memerlukannya melalui aplikasi kami.

Cari pejabat maya yang sesuai untuk anda hari ini

Pilih lebih daripada 4,000 lokasi di seluruh rangkaian tempatan dan nasional kami bagi mencari pejabat peribadi yang sesuai untuk anda dan pasukan.

* Semua harga yang ditunjukkan adalah sah semasa pertanyaan diajukan, berdasarkan kontrak 24 bulan. Harga tertakluk terhadap perubahan dan akan berbeza-beza bergantung pada produk dan perkhidmatan yang dipilih secara khusus. Harga Ruang Pejabat dan Kerja Bersama adalah untuk setiap orang setiap bulan dan bergantung pada ketersediaan inventori. Tertakluk kepada terma dan syarat.