Keahlian

Pakej keahlian kami menawarkan kefleksibelan paling terbaik. Pakej ini memberikan anda akses kepada ruang istirahat, ruang kerja bersama dan pejabat bila-bila masa yang anda perlukan. Serta dengan manfaat tambahan kos bulanan yang termasuk semua, kerja fleksibel tidak pernah semudah ini.

Beli sekarang

Dipercayai oleh syarikat-syarikat terbesar dunia

Keahlian

Akses ke ruang istirahat, ruang kerja bersama dan pejabat persendirian mengikut hari. Atau pilih pakej bulanan dengan 5, 10 atau tanpa had hari.

Pakej Ruang Istirahat

Virtual OfficeKunjungan tanpa tempahan pada bila-bila masa anda perlukan
Akses ke rangkaian ruang istirahat perniagaan terbesar dunia. Pergi ke lokasi terdekat anda, pasang dan mula bekerja.

Pakej Kerja Bersama

Virtual OfficeSertai komuniti sehaluan
Bekerja daripada ribuan ruang kerja bersama yang menginspirasikan dan berhubung dengan komuniti individu sehaluan.

Pakej Pejabat

Virtual OfficeRuang pejabat bila-bila masa anda perlukan
Perlukan akses sekali-sekala ke ruang pejabat yang profesional, persendirian dan dilengkapi sepenuhnya? Ini adalah pakej untuk anda.

Pakej Enterprise

Virtual OfficePenyelesaian yang diperibadikan
Pakej yang fleksibel sepenuhnya, efektif kos yang membolehkan syarikat mengakses rangkaian ruang kerja fleksibel yang terbesar di dunia.

Ruang kerja, di tempat dan masa anda perlukan

Dengan keahlian Regus anda boleh mengakses ruang kerja di ribuan lokasi di seluruh dunia. Buka kunci kebebasan untuk kunjungan tanpa tempahan ke ruang istirahat perniagaan kami, tempah pejabat hari atau meja khusus di ruang kerja bersama pelan terbuka dan bersosial bila-bila masa anda perlukan. Bayar mengikut hari pada harga diskaun, atau pilih akses 5 hari, 10 hari atau tanpa had hari setiap sebulan.

Beli sekarang >

Segala keperluan penting yang anda perlukan dan banyak lagi

Menyertai komuniti yang berkembang maju dan bekerjasama dengan profesional yang berfikiran sama hanyalah satu permulaan. Semua penyelesaian keahlian kami juga didatangkan dengan pelbagai manfaat tambahan yang menjadikan kerja lebih seronok dan produktif.

  • GlobalAkses ke rangkaian ruang istirahat perniagaan global Regus
  • Gym fitness roomManfaat eksklusif daripada rakan kongsi kesihatan dan gaya hidup
  • LoungesAkses ke ruang istirahat lapangan terbang Dragonpass dan PPG
  • DiscountDiskaun untuk perkhidmatan perniagaan daripada rakan kongsi global
  • Transport distanceAkses ke lokasi Regus Express dalam hab pengangkutan global
  • NetworkAcara perangkaian dan komuniti yang kerap

Tempah dan uruskan segalanya dengan aplikasi kami

Anda boleh menempah tempat di mana-mana ruang kerja kami, menggunakan aplikasi Regus. Aplikasi ini memudahkan anda menjalankan perniagaan, membolehkan anda menguruskan akaun dan tempahan anda semuanya di satu tempat. Dan disebabkan anda boleh melihat ketersediaan masa nyata, anda boleh mendapatkan meja atau pejabat pada hari tersebut atau semasa dalam perjalanan.

Kerja fleksibel, manfaat boleh diukur

Produktiviti meningkat apabila pekerja mempunyai kebebasan untuk memilih tempat untuk mereka bekerja. Pakej Enterprise kami menawarkan kefleksibelan terbaik dan efektif kos serta termasuk perkhidmatan penasihat khusus bagi menyokong perniagaan anda semasa dalam peralihan ke bekerja secara hibrid.

Jawapan untuk soalan keahlian anda

Pasukan kami bersedia untuk menjawab soalan anda.
Sekiranya anda menyertai kami dengan keahlian ruang istirahat, anda akan mendapat akses tanpa had ke mana-mana ruang istirahat perniagaan kami pada bila-bila masa yang anda pilih. Tidak perlu membuat tempahan terlebih dahulu - hanya singgah ke beribu-ribu lokasi kami di pusat bandar, pusat perniagaan, hab pengangkutan dan stesen perkhidmatan, di seluruh dunia. Anda juga boleh memilih keahlian kerja bersama atau pejabat selama 5 hari, 10 hari atau tanpa had dalam sebulan. Tidak tahu berapa hari yang anda perlukan? Tiada masalah, cuma daftar di akaun Regus dan tempah dalam perjalanan melalui aplikasi.
Setelah anda mendaftar, anda boleh menggunakan pejabat, bilik mesyuarat atau ruang kerja bersama pada masa dan ketika anda memerlukannya dengan hanya membuat tempahan dalam aplikasi kami. Sekiranya anda merupakan ahli kerja bersama atau ahli pejabat, anda boleh membuat tempahan lebih awal untuk mendapatkan tempat atau hanya singgah pada bila-bila masa apabila anda perlu bekerja, semasa waktu operasi lokasi tersebut.
Sekiranya anda mencipta akaun, anda akan mendapat potongan 10% untuk semua tempahan bilik mesyuarat, ruang pejabat atau kerja bersama yang dibuat melalui aplikasi kami. Anda juga dapat melihat semua tempahan anda dan menguruskan pembayaran melalui akaun anda.
Kami tidak dapat menjamin anda akan dapat menggunakan pejabat yang sama selama beberapa hari berturut-turut kerana pejabat ini diperuntukkan atas dasar siapa cepat dia dapat, tetapi anda boleh bertanya kepada pasukan komuniti di tapak jika mereka dapat membantu menempah pejabat yang sama untuk anda pada hari yang anda perlukan. Kami akan memenuhinya dengan senang hati.
Malangnya tidak. Hari-hari anda mesti digunakan sewaktu bulan yang diperuntukkan.
Ya. Anda boleh membawa seorang tetamu bagi setiap lawatan.
Anda boleh menukar keahlian anda apabila tiba masanya untuk diperbaharui - hanya beritahu kami. Atau anda boleh menaik taraf pada bila-bila masa.
Ya, dengan semua tempahan pejabat kerja bersama dan peribadi, anda boleh menggunakan ruang istirahat perniagaan tanpa had.
Anda boleh memulakan perjanjian anda pada mana-mana hari. Tempoh bil kami diselaraskan dengan bulan kalendar, jadi invois pertama anda akan dibilkan prorata dari tarikh mula hingga penghujung bulan. Semua perjanjian berakhir pada hari akhir bagi bulan kalendar.
Sebagai contoh, jika anda mendaftar untuk perjanjian 12 bulan untuk bermula pada 15 Mac, kami akan bilkan anda pro rata dari 15 Mac sehingga ke akhir bulan tersebut, kemudian perjanjian 12 bulan anda akan berjalan dari 1 April sehingga 31 Mac pada tahun yang berikut.

* Semua harga yang ditunjukkan adalah sah semasa pertanyaan diajukan, berdasarkan kontrak 24 bulan. Harga tertakluk terhadap perubahan dan akan berbeza-beza bergantung pada produk dan perkhidmatan yang dipilih secara khusus. Harga Ruang Pejabat dan Kerja Bersama adalah untuk setiap orang setiap bulan dan bergantung pada ketersediaan inventori. Tertakluk kepada terma dan syarat.